Mulai 1 Januari 2021, Kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah berikut:

Pertama: Membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu;
Kedua: Memperketat pembaharuan lesen import rokok melalui semakan semula syarat lesen termasuk mengenakan kuota import;
Ketiga: Mengehadkan aktiviti transhipment rokok kepada pelabuhan tertentu sahaja;
Keempat: Mengenakan cukai dengan kemudahan pulang balik atau drawback ke atas semua rokok import bagi tujuan transhipment dan eksport semula;
Kelima: Tidak membenarkan aktiviti transhipment dan eksport semula rokok menggunakan bot kumpit; dan
Keenam: Mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai.

Kerajaan juga akan mengenakan duti eksais pada kadar ad valorem 10 peratus ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape berkuat kuasa 1 Januari 2021. Manakala cecair rokok elektronik akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen per mililiter.